Kepengarangan Melayu dalam Landskap Ungu: daripada Sumber Seni kepada Dampak Kebijaksanaan
(Malay Authorship in Landskap Ungu: From Artistic Source to Intellectual Impact)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.30(1)no6Abstrak
Makalah ini menghuraikan sumbangan Dato' Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala terhadap perkembangan puisi Melayu di Malaysia dan sejarah puisi Melayu di Nusantara. Penulisan makalah ini berlandaskan hasil tulisan beliau sepenuhnya, iaitu esei yang terkumpul dalam karya terbaik beliau, Landskap Ungu (2010) terbitan Penerbit UPM. Makalah ini meneliti sumbangan Kemala dalam dunia perpuisian Melayu, seni dan gubahan puisi, pendekatan atau ukuran kualiti yang digunakan dalam menganalisis puisi Melayu, khususnya untuk mentakrif puisi Islam dan sosiopolitik tanah air, serta perbandingan kualiti seni pengungkapan puisi penyair antarabangsa yang dibandingkan dengan puisi beberapa penyair tanah air. Selain itu, beberapa kecenderungan lain turut dibicarakan seperti konsep seni puisi sufi yang menjadi asas pengucapan beberapa penyair Melayu, baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Sumbangan Kemala amat istimewa dan terbukti sangat besar dalam perkembangan perpuisian Melayu kerana keupayaan beliau sebagai pengkritik dan pengkaji yang berdisiplin, terutamanya dalam dunia kepenyairan Melayu yang dikatakan sudah mencapai tahap kematangan yang boleh dibanggakan. Tahap pemikiran dan keintelektualan beliau meningkatkan kualiti seni pengucapan fikiran yang kreatif sama ada bersifat setempat mahupun universal.
Kata kunci: epistemologi, estetik, etika, hermeneutik, kritikan, kesusasteraan, mistik, pemikir, sufi, puisi sufi, semiotik, simbolisme, teori kesusasteraan
Ketua Editor,