Sejarah Filem Adaptasi di Malaysia: Sebuah Perjalanan Jatuh Bangun yang Panjang

(The History of Film Adaptation in Malaysia: The Long Journey of Its Rise and Fall)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no7

Abstrak

Morris Beja dalam bukunya Film and Literature: An Introduction, mengatakan bahawa sejak Anugerah Akademi diperkenalkan pada tahun 1927-28, lebih kurang tiga per empat anugerah untuk filem terbaik telah dimenangi oleh filem adaptasi. Keadaan ini merupakan bukti bahawa filem adaptasi adalah satu bentuk seni yang telah lama mendapat perhatian masyarakat dunia dan menjadi corak naratif yang terkenal pada abad ke-19 dan ke-20 di Eropah. Makalah ini mengambil inisiatif untuk menelusuri sejarah filem adaptasi secara umum dengan memberi tumpuan kepada filem adaptasi di Malaysia. Dapatan kajian mendapati sejarah filem adaptasi di Malaysia melalui liku-liku perjalanan yang panjang bermula pada tahun 1933 sewaktu zaman perusahaan Cathay Film dan Malay Film di Singapura hingga ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-an dan seterusnya. Industri filem di Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah termasuk lambakan filem import dari Indonesia dan faktor komersialisme yang tidak menjamin keuntungan. Walau bagaimanapun sekitar tahun 2006 usaha mengadaptasi karya sastera ke filem terus diperkasakan melalui bengkel dan pertandingan anjuran badan kerajaan di Malaysia seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Kata kunci: filem adaptasi, sejarah, Cathay Keris, Malay Film, Merdeka Studio

Biografi Pengarang

  • Wan Hasmah Wan Teh, Universiti Sains Malaysia

    School of Humanities

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11