Psikogeografi Kuala Lumpur dalam Puisi Nasurry Ibrahim

(Psychogeography of Kuala Lumpur in Nassury Ibrahim's Selected Poems)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.29(2)no3

Abstrak

Hubungan erat antara sebuah masyarakat dengan tempat menjadi sumber inspirasi untuk pengkarya sastera menghasilkan karya. Dalam antologi Ruang Kota, Nassury Ibrahim memberi tumpuan terhadap Kuala Lumpur sebagai lokasi yang menyerlahkan dirinya sebagai pengkaji kendiri dan masyarakat sekeliling. Dengan menggunakan psikogeografi sebagai lensa kritikan, makalah ini mengkaji bagaimana Kuala Lumpur memberikan kesan terhadap keadaan mental dan tingkah laku masyarakat yang tinggal di kota raya ini. Puisi Nassury memaparkan pelbagai aspek dalam kehidupan termasuklah kemiskinan, pencemaran dan kemanusiaan. Selain pengalaman beliau, Nassury telah menggunakan landskap kota tersebut untuk menitipkan perspektif dan perasaannya terhadap Kuala Lumpur. Kuala Lumpur digambarkan sebagai sebuah kota yang telah membangun secara material, akan tetapi sifat kebaikan dan belas kasihan penduduknya telah berkurangan dengan begitu ketara sekali. Puisi Nassury menunjukkan kesempitan hidup dan kualiti kehidupan yang rendah akibat kelemahan perancangan bandar yang memberikan kesan buruk kepada penduduk bandar kosmopolitan ini.

Kata kunci: psikogeografi, kemiskinan bandar, Kuala Lumpur

Biografi Pengarang

  • Ruzy Suliza Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Sustainability of Language Sciences Research, Faculty of Social Sciences and Humanities
  • Fatin Nur Syahirah Faizal, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Sustainability of Language Sciences Research, Faculty of Social Sciences and Humanities

Rujukan

Anon. 2009. How Air Pollution Contributes to Lung Disease. Physicians for Social

Responsibility. http://www.psr.org/assets/pdfs/air-pollution-effects-respiratory.pdf

April 2016]

Jamalunlaili Abdullah. 2012. City Competitiveness and Urban Sprawl: Their Implications

to Socio-economic and Cultural Life in Malaysian Cities. AcE-Bs 2012 Bangkok ASEAN Conference on Environment-Behaviour Studies, Bangkok, Thailand, 16-18 July 2012, p.p 20-29.

Knabb, Ken. 1958. The Theory of Derive. Internationale Situationniste #2 : 62 – 66.

http://www.topologicalmedialab.net/xinwei/classes/.../DebordTheoryOfTheDerive.pdf.[20 November 2015]

Lang, J (1994) Urban design: The American experience. John Wiley & Sons, New York.

Mc Gee, Terry. 2011. The Urbanisation Transition in Malaysia in the Twenty-First Century.

Akademika 81 (2) : 109 -121.

Nassury Ibrahim. 2009. Biodata. http://nassuryibrahim.blogspot.my/p/mengenai-saya_07.html [20 March 2016]

Nassury Ibrahim. 2015. Kumpulan Puisi Ruang Kota. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia

Norsidah Ujang. 2009. Place Attachment and Continuity of Urban Place Identity. 1st National Conference on Environment-Behaviour Studies Faculty of Architecture, Planning &

Surveying, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 14-15 November 2009, pp. 156 – 167.

Nor Hanisah M. H., J. D. Hitchmough, A. Muda. 2009. The Perception of Kuala Lumpur Publics’ on Tree Retention and Urban Development. 1st National Conference on Environment-Behaviour Studies, Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 14-15 November 2009, pp. 215 -226.

Nor Rashidah Zainal, Gurmit Kaur, Nor ‘Aisah Ahmad, Jamaliah Mhd. Khalili. 2012. Housing Conditions and Quality of Life of the Urban Poor in Malaysia. AcE-Bs 2012 Bangkok ASEAN Conference on Environment-Behaviour Studies, Bangkok, Thailand, 16-18 July 2012, p.p 827 -838.

Ross CK(2013) Developing a method of literary psychogeography in Postmodern fictions of

detection: Paul Auster’s the New York Trilogy and Martin Amis’s London Fields. (PhD dissertation).Texas A&M University-Commerce.

Syafiee Shuid. 2004. Urbanization and Housing in Kuala Lumpur City Centre: Issues and Future Challenges. 19th Earoph World Planning and Housing Congress, pp. 1 – 14.

Muat turun

Diterbitkan

2017-02-21