Undang-undang Kegiatan Pelacuran di Malaysia, 1916–1973: Satu Perspektif Sejarah

Pengarang

  • Haryati Hasan Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Nafisah Ilham Hussin Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karektor, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no3

Abstrak

Undang-undang mengenai pelacuran sangat penting untuk mengawal kegiatan pelacuran, tetapi penelitian yang mendalam berkenaan undang-undang ini masih belum sempurna dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana masih banyak perkara yang berhubung dengan undang-undang ini yang masih belum diteroka dan dibahaskan. Oleh itu, pengkaji membincangkan undang-undang mengenai kegiatan pelacuran di Malaysia dengan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder yang terdiri daripada Akta, laporan bertulis, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, jurnal, buku dan tesis. Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian. Bagi bahagian pertama, pengkaji membincangkan jenis akta yang digunakan di Malaysia bagi mengawal kegiatan pelacuran. Dalam hal ini, pengkaji memfokuskan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, kekuatan dan kelemahan akta ini dan beberapa akta lain yang berkaitan. Bagi bahagian kedua, pengkaji membincangkan jenis undang-undang bagi mengawal kegiatan pelacuran di Kelantan yang terdiri daripada Notis, Pemberitahu dan Cadangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa undang-undang ini masih belum mampu menangani masalah pelacuran di Malaysia secara amnya dan di Kelantan secara khususnya. Oleh itu, kawalan yang bukan berbentuk undang-undang daripada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat perlu bergerak seiring dengan undang-undang sedia ada.

Kata kunci: Akta Pendaftaran Tetamu 1965, pelacuran, Akta Pelindungan Perempuan dan Gadis 1973, Kelantan, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, rumah pelacuran

Teks Penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-01-28