Evolusi Undang-undang Tanah Adat di Negeri Sembilan

Pengarang

  • Noraziah Abu Bakar Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.
  • Ikmal Hisham Md Tah Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.
  • Mohd Nazim Ganti Shaari Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(2)no7

Abstrak

Undang-undang tanah di Malaysia digubal berasaskan sistem Torrens yang pendaftaran ialah prinsip utama yang memberikan hak kepemilikan terhadap tanah yang tidak boleh disangkal. Secara umumnya, Kanun Tanah Negara [Akta 828] memperuntukkan proses pemberian milikan dan pendaftaran hak milik kepada tuan tanah supaya hak milik tersebut tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. Pemilikan ini meliputi semua jenis tanah di sempadan negeri. Negeri Sembilan yang mengamalkan sistem Adat Perpatih juga tertakluk pada Akta 828. Walaupun begitu, Seksyen 4(2) Akta 828 mengiktiraf undang-undang yang dipusakai dan undang-undang tersebut masih relevan bagi masyarakat setempat. Undang-undang Adat Perpatih diterima sebagai undang-undang tanah yang masih diamalkan di Negeri Sembilan yang masih mengekalkan sistem perundangan dan sistem pentadbiran tanah adat. Pentadbiran tanah adat berasaskan undang-undang lisan melalui Datuk Lembaga dikanunkan di bawah Enakmen Tanah Adat 1948 (CTE). Untuk urus niaga tanah adat, CTE memperuntukan persetujuan yang perlu diberikan oleh Dato’ Lembaga. Namun begitu, tiada peruntukan jelas tentang cara persetujuan ini diberikan dan tiada istilah yang jelas untuk pembangunan tanah seperti yang dinyatakan dalam Akta 828. Apabila tiada peruntukan yang jelas berkaitan dengan pembangunan tanah dan proses urus niaga, pemilik tanah adat sukar untuk memajukan tanah adat dan mendapat hasil daripada pemilikan tersebut.

Kata kunci: Pendaftaran, hak milik yang tidak boleh disangkal, pembangunan tanah undang-undang Adat Perpatih, urus niaga

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-07-31