Isu dan Cabaran dalam Penyediaan Penginapan Pekerja Asing di Malaysia: Analisis terhadap Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no4Abstrak
Penginapan yang tidak wajar untuk pekerja asing menjadi ciri krisis perumahan global dalam tempoh bertahun-tahun. Walaupun hak untuk mendapatkan perumahan yang wajar dan selamat ialah hak asasi manusia sejagat, peraturan negara destinasi mengenai penyediaan penginapan pekerja asing perlu diambil perhatian. Oleh itu, pengkaji membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan penyediaan penginapan pekerja asing di Malaysia dari skop perundangan dengan tumpuan diberikan terhadap Seksyen 24H Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), iaitu peruntukan statutori yang perlu dipatuhi oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis dokumen daripada data primer dan data sekunder, seperti buku, jurnal, laporan daripada laman rasmi kerajaan dan berita terkini. Data primer juga dikumpulkan melalui kaedah temu bual secara separa berstruktur dengan soalan terbuka bersama-sama pegawai penguatkuasa daripada agensi berkaitan dan pemain industri, seperti majikan daripada sektor perkhidmatan dan pembinaan. Dengan berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa satu kerangka hubungan undang-undang di Malaysia berkenaan dengan penyediaan penginapan pekerja telah dibentuk dan disandarkan pada undang-undang pada peringkat nasional, negeri dan tempatan. Sebagai penyelesaian, pengkaji mencadangkan penambahbaikan terhadap undang-undang, peraturan dan polisi sedia ada.
Kata kunci: Cabaran, hak asasi manusia, penginapan pekerja, hak pekerja asing, pindaan Akta 446, undang-undang kerajaan negeri dan tempatan
Teks Penuh: PDF
