Punca Perceraian dalam Kalangan Pasangan Dewasa Pertengahan: Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengarang

  • Nur Syazwani Sallehuddin Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mohd Norhusairi Mat Hussin Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia http://orcid.org/0000-0003-1967-3785 ##orcid.unauthenticated##

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no7

Abstrak

Perceraian pasangan dewasa pertengahan antara fokus perbincangan dalam paparan akhbar dan penyelidikan akademik. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis punca perceraian yang terjadi dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan yang berumur antara 40–60 tahun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data dan metode analisis data yang bersesuaian untuk mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, temu bual dan kajian kes, manakala data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah temu bual secara tematik dan deskriptif. Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa faktor perceraian pasangan dewasa pertengahan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, seperti tiada persefahaman, masalah sikap dan akhlak pasangan yang terlibat dengan perceraian, sikap tidak bertanggungjawab terhadap nafkah, faktor agama, campur tangan orang ketiga dan pertambahan usia. Sebagai penyelesaian, pengkaji mencadangkan beberapa saranan yang dapat diaplikasikan untuk mengurangkan masalah perceraian ini.

Kata kunci: Perceraian, pembubaran perkahwinan, punca perceraian, faktor perceraian, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dewasa pertengahan

Teks Penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-01-28