Analisis Pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Nairobi mengenai Pengeluaran Kapal Karam 2007 oleh Malaysia

Pengarang

  • Wan Siti Adibah Wan Dahalan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Jia Hiu Cheng Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(2)no5

Abstrak

Selat Melaka merupakan selat yang sangat penting kerana digunakan untuk pelayaran antarabangsa. Walaupun Malaysia satu daripada anggota Konvensyen Antarabangsa Nairobi mengenai Pengeluaran Kapal Karam yang bertujuan bagi mengeluarkan kapal karam di laut Malaysia, namun undang-undang Malaysia untuk mengeluarkan kapal karam masih tidak mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang wujud di Selat Melaka sehingga kini. Hal ini dikatakan demikian kerana pemindahan kapal karam sangat tinggi bagi pihak yang terlibat dan masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia ialah kekurangan bebanan perbelanjaan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis peruntukan dalam Konvensyen Antarabangsa Nairobi mengenai Pengeluaran Kapal Karam 2007 mengenal pasti cara konvensyen ini diimplementasikan dalam undang-undang domestik Malaysia; dan mengenal pasti masalah yang wujud dalam Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007 dan cara untuk menyelesaikannya.
Sumber primer, seperti konvensyen antarabangsa dan undang-undang domestik Malaysia, digunakan dalam kajian ini. Sumber sekunder, seperti kajian perpustakaan dan kajian laman sesawang juga penting untuk memperoleh artikel, buku dalam talian dan surat khabar. Melalui kajian ini, didapati bahawa Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007 diperkenalkan untuk mengatur selia pemindahan bangkai kapal yang menimbulkan bahaya tertentu ketika pelayaran. Konvensyen ini diratifikasi dan dilaksanakan di Malaysia bermula pada tahun 2015 untuk memindahkan kapal karam yang berada di Selat Melaka seperti cadangan yang diutarakan dalam simposium yang dianjurkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Malaysia tidak boleh terlalu bergantung pada Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007, sebaliknya kewujudan peraturan sendiri yang seragam dalam aspek pengeluaran kapal karam juga adalah penting. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkuasa, seperti Parlimen untuk menggubal undang-undang baharu yang komprehensif dan sempurna mengenai pengeluaran bangkai kapal di laut Malaysia.

Kata kunci: Selat Melaka, kapal karam, Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007, mekanisme usahasama, ratifikasi, KUULA 1982

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-07-31