Analisis Perbandingan Pengislaman Kanak-kanak menurut Hukum Syarak dan Kerangka Perundangan Malaysia

Pengarang

  • Redwan Yasin Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nur Shafiqah Badlihisham Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nurul Hidayat Ab. Rahman Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Sayuti Ab. Ghani Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.36(1)no4

Abstrak

Isu pengislaman kanak-kanak merupakan suatu polemik undang-undang yang sering dibincangkan di Malaysia. Punca utama permasalahan ini adalah disebabkan oleh tindakan ibu atau bapa mualaf yang mengislamkan anak hasil perkahwinan terdahulu yang berumur di bawah 18 tahun secara sebelah pihak sahaja. Dalil hukum syarak sering dikemukakan oleh pihak yang terlibat bagi menyokong tindakan pengislaman mereka. Faktor ketidakseragaman syarat persetujuan ibu bapa dalam peruntukan undang-undang Islam yang berbeza bagi negeri-negeri juga telah memberikan pemahaman yang berbeza dalam kalangan masyarakat untuk memahami prosedur pengislaman kanak-kanak. Oleh yang demikian, penulisan makalah ini bertujuan untuk mengkaji dan membandingkan kaedah pengislaman kanak-kanak menurut hukum syarak dan prosedur undang-undang di Malaysia. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi pengumpulan data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa pandangan hukum syarak telah menggariskan beberapa kaedah pengislaman kanak-kanak berpandukan tahap kelayakan yang ditetapkan. Peruntukan undang-undang di Malaysia pula telah yang menetapkan syarat persetujuan ibu bapa bagi mengesahkan pengislaman individu bawah umur 18 tahun.

Kata kunci: Pengislaman, hak kanak-kanak, undang-undang kanakkanak, hukum syarak, persetujuan ibu bapa, perundangan Malaysia\

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2023-12-27