Konsep Tanggungjawab Keibubapaan di Malaysia: Analisis Perundangan Literatur

Pengarang

  • Noor Azlina Che Hasan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Muhamad Helmi Md Said Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Fatimah Yusro Hashim Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.36(1)no3

Abstrak

Makalah ini menjalankan kajian terhadap konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia. Tanggungjawab yang dimaksudkan tidak  hanya tertumpu pada tanggungjawab menjaga anak-anak, memberi nafkah malahan meliputi setiap aspek bagi mengangkat "kepentingan terbaik kanak-kanak". Isu pengabaian, penderaan, manipulasi serta keterlibatan kanak-kanak dengan perilaku jenayah serta masalah sosial yang tiada kesudahan terlalu banyak dibincangkan dalam kajian terdahulu, namun dari sudut tanggungjawab keibubapaan terutamanya dari sudut undang-undang masih memerlukan kajian kritis. Penulisan makalah ini menganalisis tanggungjawab keibubapaan dari sudut perundangan awal Inggeris, kedudukan di sisi undang-undang Islam serta konsep tanggungjawab keibubapaan ini dalam perundangan di Malaysia. Tumpuan dikhususkan terhadap tanggungjawab keibubapaan terhadap anak-anak selepas perceraian. Analisis dokumentari dilakukan terhadap data daripada bahan yang terpilih termasuklah makalah jurnal, buku, dan statut. Kesemua data ini diperoleh melalui kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia memberikan hak kepada kanak-kanak dan menjamin kepentingan mereka, seterusnya menjamin kelangsungan tanggungjawab berterusan ibu bapa.

Kata kunci: Tanggungjawab keibubapaan, pasca perceraian, hak kanak-kanak, kepentingan terbaik kanak-kanak, sivil, syariah

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2023-12-27