Perundangan dan Implikasi Pencerobohan Nelayan Asing di Perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Pengarang

  • Wan Siti Adibah Wan Dahalan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohd Radzwan Abd Razak Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.35(2)no1

Abstrak

Malaysia merupakan kawasan perairan yang strategik dan kaya dengan sumber alam semula jadi yang menjadi daya tarikan kepada nelayan asing untuk menangkap ikan. Ekploitasi perikanan secara berleluasa dari negara jiran seperti Vitenam menyebabkan sumber perikanan semakin terhad dan menyusut. Kajian ini membincangkan dan mengenal pasti faktor, modus operandi dan implikasi pencerobohan nelayan asing di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor utama mendorong kepada pencerobohan, antaranya termasuklah kedudukan geografi yang luas, kepupusan spesies ikan, sosioekonomi dan tadbir urus yang kurang berkesan. Percerobohan ini dikaitkan dengan perikanan IUU, iaitu penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal tanpa mendapatkan kebenaran undang-undang dari sesebuah negara. Terdapat peruntukan Akta Perikanan 1985 (Akta 317) berkaitan dengan hak menangkap ikan eksklusif atau hak pengurusan perikanan bagi melindungi kawasan sempadan perairan di Malaysia daripada aktiviti pencerobohan. Modus operandi kegiatan perikanan sering dilakukan semasa musim tengkujuh dan laut bergelora yang dibantu oleh sindiket rakyat tempatan yang merancang kemasukan bot nelayan asing. Oleh itu, implikasi daripada aktiviti IUU memberi ancaman kepada keselamatan perairan maritim Malaysia, terjejas sumber pendapatan nelayan tempatan dan meningkatnya jenayah rentas sempadan.

Kata kunci: Pencerobohan, nelayan asing, perairan, modus operandi, IUU, keselamatan maritim, Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2023-06-29