Prinsip Keadilan dalam Sekatan Hak terhadap Golongan yang Tidak Divaksin

Pengarang

  • Nik Ahmad Aiman Hakimi Hasmadi Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nia Afia Sikau Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Shahrul Mizan Ismail Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.35(1)no1

Abstrak

Golongan yang tidak divaksin tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mahupun undang-undang bertulis yang lain. Pada asasnya, setiap orang mempunyai hak membuat sesuatu keputusan terhadap diri masing-masing. Begitu juga dengan hak individu sama ada memilih untuk divaksin atau tidak. Sebagai rakyat, kita terikat dengan undang-undang di negara itu dan menjadi satu obligasi untuk melaksanakannya. Namun begitu, pilihan untuk tidak divaksin ini akan menyebabkan pelbagai sekatan dikenakan terhadap golongan tersebut. Sekatan ini dibuat menurut undang-undang adalah untuk kepentingan awam bagi menjaga kemaslahatan umum. Oleh sebab itu, golongan ini berpendapat bahawa layanan yang diperolehnya tidak sama seperti yang diperoleh oleh individu yang divaksin. Perlu diketahui, undang-undang di Malaysia tidak terhad kepada teori “naturalis” yang mementingkan moraliti sahaja, tetapi juga bersifat positif, iaitu mementingkan kepatuhan undang-undang yang digubal walaupun terdapat unsur ketidakadilan kepada sebahagian pihak. Makalah ini akan menjawab persoalan, sama ada sekatan terhadap aktiviti sosial dan pergerakan individu yang tidak divaksin ini wajar dilakukan atau tidak berdasarkan teori keadilan. Makalah ini ditulis berasaskan kajian kualitatif, iaitu menganalisis prinsip keadilan dalam sekatan hak terhadap golongan yang tidak divaksin menurut pandangan tokoh jurisprudens secara kritis. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, sekatan hak terhadap golongan yang tidak divaksin wajar dilakukan. Oleh sebab itu, kajian ini penting untuk menerangkan bahawa diskriminasi terhadap golongan yang tidak divaksin ialah suatu perkara yang adil.

Kata kunci: Vaksin, antivaksin, keadilan, sekatan, diskriminasi, sama rata

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-12-30