Penipuan dalam Urus Niaga Tanah di Malaysia: Satu Kajian
(Fraud in Land Dealings in Malaysia: A Study)
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.34(1)no5Abstrak
Artikel ini ditulis untuk mengkaji isu penipuan tanah yang berlaku dalam urus niaga tanah di Malaysia. Pelbagai modus operandi telah dilakukan oleh penjenayah untuk melakukan penipuan. Dengan modus operandi ini, pihak pejabat tanah telah berjaya diperdaya sehingga menyebabkan berlakunya penipuan dalam urus niaga tanah. Perkara ini telah menimbulkan rasa kebimbangan kepada orang awam tentang jaminan ketuanpunyaan yang merupakan bukti muktamad pemilikan terhadap tanah apabila pendaftaran dilakukan dan juga pemilikan tanah yang ditadbir menurut perundangan Kanun Tanah Negara (KTN). Kajian yang dilakukan berdasarkan kaedah analisis kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Hasil kajian mendapati pelbagai modus operandi (MO) telah dilakukan oleh penipu dan pelbagai faktor yang mendorong perbuatan penipuan ini. Penulisan ini turut mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengekang cubaan penipuan dalam urus niaga tanah.
Kata kunci: Penipuan urus niaga tanah, penipuan identiti, ketuanpunyaan, analisis kes, modus operandi, transaksi
Teks penuh: PDF
