Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012: Satu Analisis Berkenaan Semakan Kehakiman
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.34(2)no7Abstrak
Penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam menjadi isu kontroversi yang hangat dibincangkan pada awal tahun 2021. Hal ini disebabkan oleh keputusan Mahkamah Tinggi Malaya dalam kes Jill Ireland bt Lawrence Bill v Menteri Bagi Kementerian dalam Negeri Malaysia & Anor [2021] 8 MLJ 890 (Jill Ireland). Kes ini telah dikritik oleh umum diakibatkan oleh dapatan Mahkamah dalam semakan kehakiman oleh Pemohon. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membincangkan cara Mahkamah Tinggi Malaya mengaplikasikan bidang kuasa Mahkamah apabila melakukan semakan kehakiman terhadap isu ini. Selain itu, prinsip daripada kes ini juga dibandingkan dengan kes di Malaysia tentang pengaplikasian semakan kehakiman untuk mendapat suatu prinsip undang-undang semakan kehakiman yang digunakan di Malaysia. Daripada prinsip tersebut, penulis membandingkannya dengan prinsip undang-undang tentang semakan kehakiman di negara luar, iaitu India. Oleh sebab itu, bagi membincangkan isu ini dengan lebih mendalam, penulis menggunakan kaedah kualitatif kerana kebanyakan sumber yang diperoleh adalah daripada buku dan artikel. Kajian menerusi keputusan kes juga dilakukan oleh penulis. Pengumpulan data kajian juga diperoleh daripada kaedah kepustakaan. Penulis juga telah memberikan pendapat penulis tentang isu yang dibincangkan.
Kata kunci: Kalimah "Allah", semakan kehakiman di Malaysia, semakan kehakiman India, prinsip undang-undang, kesahan, keputusan kes
Teks penuh: PDF
