Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Spesifik yang Berkaitan dengan Pendidikan di Malaysia serta Hubungannya dengan Kebebasan Ahli Akademik

Pengarang

  • Hasbollah Mat Saad Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia, 75450 Bukit Beruang, Melaka, Malaysia.
  • Ramalinggam Rajamanickam Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.34(2)no3

Abstrak

Kebebasan ahli akademik merupakan asas pembentukan masyarakat yang berpengetahuan. Kebebasan akademik perlu ditegakkan serta diampuhkan bagi menjamin kesinambungan penyampaian ilmu pengetahuan dapat dilaksanakan secara telus dan terbuka. Walau bagaimanapun, kebebasan ini menjadi tajuk perbincangan yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat kerana terdapatnya sekatan yang memungkinkan perkembangan ilmu pengetahuan tidak dapat dijalankan secara mampan. Persekutuan Malaysia, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Akta Majlis Kebangsaan Pendidikan Tinggi 1996 (Akta 546), Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) dan Perlembagaan universiti-universiti merupakan antara sebilangan rangkaian akta penting yang perlu diperbahaskan secara rinci agar perkara yang berkaitan dengan kebebasan ahli akademik di Malaysia dapat diperjelas serta diletakkan semula pada landasan yang betul. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang secara langsung atau secara spesifik berkait rapat dengan kebebasan ahli akademik, khususnya melibatkan ahli akademik yang sedang berkhidmat di institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kesan langsung yang dapat dinyatakan dalam makalah ini ialah terdapatnya beberapa peruntukan undang-undang tersebut yang memerlukan penelitian semula secara segera bagi memastikan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dan bersepadu bagi mendepani cabaran era globalisasi ini dapat direalisasikan secara efektif.  

Kata kunci: Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekatan, pendidikan, kebebasan ahli akademik, modal insan

Teks penuhPDF

Biografi Pengarang

  • Hasbollah Mat Saad, Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia, 75450 Bukit Beruang, Melaka, Malaysia.

    I was an Advocate and Solicitor in the High Court of Malaya and am presently a Lecturer at the Faculty of Law, Multimedia University, Malaysia. I have almost more than 25 years of experience in due process of law and education. Throughout these years, I have been blessed to handle cases ranging from Syariah and Civil matters, managing the administration of day-to-day affairs of the institutions, teaching law subjects and conducting researches. I am confident that the experience I have gained in the legal practice and lecturing have not only given me an added edge to embark on the development of the education field but shall also provide a smooth transition in enhancing this field in the future.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-07-05