Hak Orang Asal Berkaitan dengan Pengambilalihan Tanah: Kajian Perbandingan antara Malaysia dengan Filipina

(Rights of the Indegenous Peoples Related to Land Acquisition: A Comparative Analysis between Malaysia and the Philiphines)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no1

Abstrak

Orang asli di Semenanjung Malaysia berada dalam kedudukan yang kurang baik jika dibandingkan dengan masyarakat majoriti lain di Malaysia. Mereka sering menghadapi masalah pencerobohan tanah adat yang didiami sejak sekian lama dan perkara ini menimbulkan kebimbangan kerana tanah yang merupakan sumber yang amat penting demi kelangsungan hidup. Maka, isu peruntukan hak tanah adat yang tidak jelas, isu pengambilan tanah adat orang asli yang tidak mengikut prosedur yang betul, isu pampasan tanah adat selepas pengambilalihan adalah antara punca masalah yang dialami oleh orang asli. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan hak tanah orang asli di Semenanjung Malaysia menurut undang-undang, menerangkan prosedur pengambilan tanah yang dilakukan menurut peruntukan undang-undang dan melakukan perbandingan antara sistem pengambilalihan tanah orang asli di Semenanjung Malaysia dengan orang asal di Filipina. Dengan menggunakan pendekatan doktrinal. Perbandingan, kajian ini dijangka akan menambah pengetahuan mengenai hak tanah dan pengambilalihan tanah orang asli di Semenanjung Malaysia dan seterusnya membantu pengubal undang-undang untuk melakukan pindaan terhadap polisi dan undang-undang sedia ada bagi memastikan perlindungan terhadap hak orang asli pada masa akan datang.

Kata kunci: Orang asli, hak tanah adat, pengambil alihan, prosedur, perbandingan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-07