Talak Taklik Menurut Fiqah: Analisis Pelaksanaannya dalam Undang-Undang Keluarga Islam serta Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

(Conditional Divorce in Islamic Jurisprudence: An Analysis of its Application in Islamic Family Law and the Practice Direction of the Department of Syariah Judiciary Malaysia)

Pengarang

  • Miszairi Sitiris Universiti Islam Antarabangsa Malaysia image/svg+xml
  • Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia image/svg+xml
  • Mohamad Sabri Zakaria Universiti Islam Antarabangsa Malaysia image/svg+xml
  • Mohd Na'im Mokhtar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no5

Abstrak

Artikel ini mengkaji hikmah di sebalik pensyariatan talak taklik, hukum serta syarat yang ditetapkan menurut pandangan ulama, di samping bentuk atau jenis taklik yang ada dalam syariah Islam. Artikel ini juga cuba melihat pengamalan taklik di Malaysia serta peruntukan yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam serta Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkaitan dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi menyabitkan penceraian secara taklik. Kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan perpustakaan terhadap penulisan ulama terdahulu dari pelbagai mazhab fikah yang muktabar serta kajian teks terhadap peruntukan undang-undang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Hasil kajian mendapati bahawa lafaz taklik rasmi bagi setiap negeri adalah berbeza, yang menjadikan kesan terhadapnya juga berbeza. Penulis mendapati terdapat kewajaran untuk menilai semula amalan pembacaan lafaz taklik rasmi selepas akad nikah. Di samping itu, pensabitan perceraian secara lafaz taklik adalah lebih rumit jika dibandingkan dengan talak biasa.

Kata kunci: Talak taklik, Undang-Undang Keluarga Islam, Malaysia, lafaz taklik

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-07