Kaedah Penyelesaian Pertikaian di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia: Satu Kajian Lapangan
(Dispute Settlement Method at the Tribunal for Consumer Claims Malaysia: A Field Research)
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no7Abstrak
Pelbagai perundangan pengguna telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bertujuan untuk memberikan perlindungan terbaik kepada pengguna di Malaysia. Perundangan pengguna tersebut termasuklah penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan perlindungan sebaik mungkin kepada pengguna akan hak mereka. Namun begitu, terdapat beberapa isu yang timbul berkenaan dengan TTPM, antaranya termasuklah isu bidang kuasa TTPM yang terhad serta ketidakfahaman pengguna tentang peranan dan fungsi bahawa TTPM sebagai medium tebus rugi bagi mereka. Bagi memenuhi objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah metodologi kualitatif bagi mengumpulkan maklumat dengan cara temu bual dan pemerhatian yang dijalankan di TTPM. Kajian ini mendapati bahawa TTPM telah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan landasan bagi tuntutan pengguna. Kewujudan TTPM sebagai medium perlindungan pengguna di Malaysia perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pengguna. Sungguhpun begitu, peranan dan fungsi TTPM perlu dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik. Artikel ini juga mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak berkaitan untuk meningkatkan perlindungan pengguna di negara ini, dan TTPM khususnya.
Kata kunci: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, tuntutan, remedi
