Lelongan Aset Kereta oleh Firma G-Mart dari Perspektif Islam

Pengarang

  • Shofian Haji Ahmad Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mariani Abd. Majid Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Miss Ni-Asini Nimae Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan beberapa amalan dalam proses lelongan aset kenderaan yang dijalankan oleh firma G-MART dengan kehendak syariah. Data kualitatif yang diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian terhadap firma dianalisis untuk melihat aspek hukum syariah yang terdapat di dalamnya. Hasil kajian mendapati bahawa cara lelongan aset kenderaan yang dijalankan oleh firma G-MART memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang. Dari segi hukum syarak juga tidak terdapat sebarang masalah yang menjadikan kontrak lelongan tersebut tidak sah. Apa-apa yang telah diamalkan oleh firma pada masa kini telah memenuhi tuntutan hukum syarak, hanya kurang ditonjolkan asas amalannya dalam terminologi syarak.

Kata kunci: lelongan Islam, lelongan kenderaan, bida, undang-undang syariah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-06-01