Penyakit Berjangkit: Isu Kesihatan Awam dalam Aspek Sekuriti

Pengarang

  • Nor Anita Abdullah Pusat Pengajian Undang, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa,Universiti Utara Malaysia
  • Rohani Abdul Rahim Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml

Abstrak

Umum menganggap bahawa isu penyakit berjangkit hanya satu isu sosial yang melibatkan sebilangan kecil populasi manusia atau segelintir individu yang dijangkiti sahaja. Walau bagaimanapun, isu penyakit berjangkit yang dianggap remeh ini berkeupayaan menggugat tahap kesihatan sekali gus menjejaskan sekuriti negara. Dalam aspek ini, kemunculan penyakit berjangkit tidak mengenal batas sempadan dan geografi. Isu kesihatan menjadi satu isu global dan pada masa yang sama melibatkan isu sekuriti negara. Pelbagai konflik akan tercetus akibatnya masyarakat akan menyalahkan pihak yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Persoalan yang akan dikupas ialah penyakit berjangkit yang melanda adakah boleh mengancam sekuriti negara, atau hanya dianggap sebagai isu sosial semata-mata. Adakah undang-undang dapat berperanan dalam melaksanakan perlindungan dan pengawalan terhadap penyakit berjangkit sekali gus menjaga sekuriti negara daripada ancaman penyakit berjangkit.

Kata kunci: Penyakit berjangkit, kesihatan awam, sekuriti, bencana, undang-undang.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-12-01