Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736): Analisis dari sudut Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Malaysia

Pengarang

Abstrak

Insiden keganasan yang tercetus sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu telah mengundang pelbagai kritikan terhadap kelemahan Sistem Perundangan Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang Malaysia dikatakan lemah dan dilihat sebagai telah gagal untuk mengekang pihak tertentu yang bijak memanipulasi lakuna yang wujud dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). Sehubungan itu, penulisan ini bertujuan membincangkan pelbagai isu yang timbul daripada kewujudan Akta 736 ini. Seterusnya, beberapa kekuatan dan kelemahan peruntukan serta pengaplikasian akta ini turut dikenal pasti. Penulisan makalah ini juga membuat kajian perbandingan perlaksanaan Akta 736 dengan undang-undang jenayah Islam. Beberapa saranan turut diutarakan agar peruntukan undang-undang sedia ada dapat diperkemas demi memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Kata kunci: perhimpunan aman, hak asasi, undang-undang Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-06-01