Hak Penentuan Nasib Sendiri Orang Asal: Kajian Kes Orang Asli di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey

Pengarang

Abstrak

Kedudukan orang asal pada peringkat antarabangsa kini telah mendapat pengiktirafan di bawah undang-undang dengan lulusnya sebuah Deklarasi khusus untuk mereka, iaitu Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak terhadap Orang asal (Deklarasi 2007) pada 13 September 2007 oleh Perhimpunan Agung PBB. Namun begitu, hak penentuan nasib sendiri atau "self-determination" masih menjadi pertelagahan khususnya bagi negara berkuasa besar. Oleh yang demikian, makalah ini akan meninjau status hak penentuan nasib sendiri secara khusus di sebuah penempatan orang asli, suku kaum Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey. Kajian ini telah mendedahkan bahawa penduduk orang asli di sini mempunyai beberapa kekangan untuk mempraktikkan hak penentuan nasib sendiri ini dengan sempurna. Selain peruntukan undang-undang dan kewujudan agensi kebajikan orang asli ini, sikap penduduk orang asli di kampung itu sendiri yang gagal untuk menggunakan peluang sebaiknya menyebabkan taraf kehidupan mereka masih berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, makalah ini mencadangkan agar penduduk orang asli di Kampung Sungai Bumbun ini perlu diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri manakala agensi lain berperanan membantu menaikkan taraf kehidupan mereka tanpa mengganggu cara hidup tradisional mereka.

Kata kunci: Orang Asal, orang asli, Hak Penentuan Nasib Sendiri, Undang-undang antarabangsa

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-04-23