Pendidikan Hak Asasi Manusia: Merangka Kurikulum dalam Konteks Malaysia
Abstrak
Pendidikan hak asasi manusia (PHAM) telah menjadi satu daripada komponen yang penting dalam pembangunan manusia dan telah dinaik taraf sebagai sebahagian daripada pendidikan umum di sesetengah negara. Sungguhpun begitu, PHAM tidak pernah menjadi tumpuan utama dalam program kurikulum Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) di universiti tempatan di Malaysia, kecuali Universiti Malaya. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan hubungan antara PHAM dengan perpaduan sosial. Analisis yang dilakukan disini bersifat teoritikal sepenuhnya dalam bentuk analisis pembacaan. Makalah ini menunjukkan bahawa PHAM merupakan instrumen yang penting dalam menyelenggara perpaduan sosial. Seterusnya, makalah ini akan membincangkan mengenai kaedah terbaik bagi merangka kurikulum PHAM dalam konteks negara Malaysia.
Kata kunci: pendidikan, hak asasi manusia, perpaduan sosial, Malaysia
