Hak Anak terhadap Nafkah dalam Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya

Pengarang

Abstrak

Hubungan antara anak dengan ibu bapa dari aspek undang-undang mewujudkan pelbagai hak dan tanggungjawab. Hak ini merangkumi hak yang berkaitan dengan diri dan harta anak tersebut. Hak anak ini seperti keperluan terhadap keibubapaan, penyusuan, perlindungan dan penjagaan, perwalian, nafkah, dan pewarisan. Makalah ini akan meneliti isu yang berkaitan dengan hak anak terhadap nafkah dan keadaan yang melayakkan mereka untuk mendapat nafkah di bawah undang-undang Islam. Perbincangan merangkumi peruntukan undang-undang Islam dan pemakaiannya dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Makalah ini seterusnya akan mengkaji sejauh manakah bapa bertanggungjawab dalam menyediakan nafkah anak selari dengan kehendak syarak dan tuntutan semasa; dan bilakah tanggungjawab tersebut berpindah kepada kerabat terdekat.

Kata Kunci: nafkah, hak anak, tanggungjawab bapa, perundangan Islam, perundangan Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-01