Bersara tetapi Bekerja: Senario Pesara Malaysia pada Masa Hadapan

Pengarang

Abstrak

Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030. Pada masa yang sama jangka hayat manusia telah meningkat, maka adalah penting untuk warga emas agar dapat berdikari dari segi kewangan selepas bersara. Makalah ini menganalisis peruntukan undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan persaraan dalam menangani isu ini. Makalah ini juga menunjukkan langkah yang telah diambil oleh kerajaan sebagai persediaan untuk menghadapi pertambahan populasi warga emas ini. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan pesara ini dapat berdikari dari segi kewangan apabila mereka bersara. Perancangan untuk persaraan seharusnya dimulakan seawal mungkin.

Kata kunci: persaraan, pesara, warga emas, kewangan, perancangan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-01