Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang

Pengarang

  • Mohammad Azam Hussain Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia
  • Rusni Hassan Deputy Dean IIUM Institute of Islamic Banking and Finance IIUM
  • Aznan Hassan Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia merupakan badan tertinggi yang ditubuhkan mengikut undang-undang dan mempunyai autoriti dalam menentukan undang-undang Islam dalam hal syariah berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia. Ketentuan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah ini dalam bentuk resolusi syariah yang pertama sekali dikeluarkan bertarikh 8 Julai 1997. Resolusi syariah ini penting sebagai panduan kepada pihak yang berkepentingan terutamanya institusi yang menawarkan perniagaan perbankan dan kewangan Islam, jawatankuasa syariah serta masyarakat awam. Selain itu, resolusi ini juga penting sebagai rujukan kepada mahkamah dan juga penimbang tara dalam memutuskan kes berkaitan dengan kewangan Islam di Malaysia. Makalah ini membincangkan resolusi syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Shariah dari perspektif undang-undang sedia ada dalam mengawal selia urusan kewangan Islam di Malaysia. Makalah ini turut menganalisis isu perundangan yang timbul berkaitan dengan resolusi syariah yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Shariah ini.

Kata kunci: resolusi syariah, Majlis Penasihat Shariah, perbankan dan kewangan Islam

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-01