Halalan Tayyiban dalam Kerangka Perundangan Malaysia

(Halalan Tayyiban in the Malaysian Legal Framework)

Pengarang

Abstrak

Halal bukan sekadar bermaksud sesuatu produk itu boleh dimakan disebabkan tiada larangan oleh hukum syarak. Halal turut meliputi maksud "baik" (tayyib) yakni bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan. Oleh itu keperluan masyarakat Islam kepada produk halal semata-mata tidak memadai, sebaliknya mereka perlu benar-benar memahami dan mengaplikasikan konsep halal dan baik (halalan tayyiban). Aspek halal, khususnya untuk produk makanan, dijamin di bawah kerangka perundangan Malaysia melalui pendekatan mekanisme undang-undang dan institusi. Makalah ini menghuraikan konsep halalan tayyiban dari perspektif syariah, dan kemudian mengaitkannya dengan undang-undang sedia ada. Penulis merumuskan bahawa konsep halalan tayyiban wujud dan diaplikasikan melalui undang-undang yang pelbagai.

Kata kunci: halal, undang-undang, syariah, makanan, produk, halalan tayyiban

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-04-23