Kesan Retrospektif Undang-Undang Jenayah Menurut Perundangan Islam dan Perlembagaan Persekutuan: Satu Analisis Perbandingan

(Retrospective Effect in Islamic Criminal Law and the Federal Constitution: A Comparative Analysis)

Pengarang

  • Mohd Lotpi Mohd Yusob Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Mohd Badrol Awang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Aminuddin Mustaffa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstrak

Makalah ini menganalisis pemakaian retrospektif undang-undang jenayah secara perbandingan antara perundangan Islam dengan Perlembagaan Persekutuan. Perundangan Islam meletakkan dua prinsip pengecualian kepada pemakaian retrospektif undang-undang jenayah. Pertama, sekiranya sesuatu perlakuan jenayah berbahaya dan berupaya menggugat keamanan awam dan kestabilan negara. Kedua, sekiranya undang-undang tersebut menyebelahi pelaku jenayah dan ini termasuklah undang-undang yang memperuntukkan hukuman yang lebih ringan atau tidak lagi menganggap perlakuan jenayah itu sebagai suatu jenayah. Sekiranya undang-undang baharu tidak menyebelahi pelaku jenayah seperti memperuntukkan hukuman yang lebih berat, maka hukuman baharu tersebut tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif. Secara perbandingannya Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan dengan jelas dua keadaan undang-undang jenayah tidak boleh dikuatkuasakan ke belakang, yang merangkumi undang-undang yang memperuntukkan kesalahan baharu dan hukuman yang lebih berat.

Kata kunci: kesan retrospektif, perlembagaan persekutuan, kes jenayah, analisis perbandingan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-04-23