Sejarah Kewujudan Golongan Kanak-Kanak Jalanan dan Definisi dalam Konteks Perundangan Malaysia
(Historical Existence and the Definition of Street Children in the Contexts of Malaysian Law)
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.32(1)no7Abstrak
Menurut sejarah, kanak-kanak jalanan ialah golongan yang wujud hasildaripada perkembangan teknologi secara pesat, sehingga menyebabkan berlakunya penghijrahan masyarakat dari kawasan pedalaman ke bandar besar. Namun demikian, atas beberapa faktor yang menggagalkan usaha untuk menaik taraf kehidupan mereka, akhirnya wujud golongan kanak-kanak jalanan. Sehingga kini, isu kanak-kanak jalanan masih menemui jalan buntu. Selain masalah yang dihadapi oleh mereka dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran, hal utama yang mengusutkan lagi gejala ini ialah definisi sebenar istilah "kanak-kanak jalanan". Hal ini kerana, kanak-kanak jalanan terdiri daripada pelbagai kategori kumpulan kanakkanak yang berada di lorong-lorong jalan. Ketiadaan definisi muktamad bukan sahaja akan membantutkan pengumpulan data dan informasi lanjut kumpulan ini, malah turut menyukarkan saluran bantuan kepada mereka. Makalah ini membincangkan sejarah kewujudan golongan tersebut, definisi oleh beberapa penulis lain, gelaran bagi kanak-kanak jalanan di Malaysia, huraian daripada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) serta masalah yang timbul daripadanya.
Kata kunci: Kanak-kanak jalanan, definisi, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), hak asasi, diskriminasi
