Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Persidangan Kumpulan Keluarga sebagai Alternatif kepada Hukuman

(Bullying among School Students: Family Group Conference as an Alternative to Punishment)

Pengarang

Abstrak

Buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah tidak boleh diambil mudah. Terdapat garis panduan dan polisi tertentu yang membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap pelaku buli. Malah pelaku buli boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya perlu. Namun begitu, Persidangan Kumpulan Keluarga telah dilaksanakan di beberapa buah negara sebagai alternatif kepada hukuman bagi kesalahan buli di sekolah. Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, dan proses penyelesaiannya menurut undang-undang. Analisis terhadap penyelesaian kes buli di sekolah melalui Persidangan Kumpulan Keluarga dilakukan sebagai alternatif kepada hukuman seperti yang dilaksanakan di negara-negara terpilih. Berdasarkan respons positif berkaitan Persidangan Kumpulan Keluarga sebagai penyelesaian kes buli di sekolah, disarankan agar proses ini diperkenalkan di Malaysia bagi menambah baik penyelesaian terhadap kesalahan buli di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merujuk akta, kes yang diputuskan, serta penulisan ilmiah seperti buku, dan jurnal.

Kata kunci: Buli di sekolah, jenayah kanak-kanak, Persidangan Kumpulan Keluarga

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-07-02