Pensyariatan Hukum al-Mafqud dalam Pewarisan dan Peruntukan Undang-undang di Malaysia: Suatu Analisis
(The Legislation of al-Mafqud in Inheritance and Legal Provisions of Laws in Malaysia: An Analysis)
Abstrak
Undang-undang Syariah telah menetapkan bahawa al-Mafqud idak dianggap mati akan tetapi memerlukan bukti atau pemeriksaan bagi tempoh tertentu. Setelah ada bukti yang menunjukkan bahawa orang yang hilang itu telah terkorban barulh al-Mafqud tersebut dikira sebagai pewaris yang telah meninggal dunia. Kajian ini menggunakan metodologi berbentuk kualitatif dan data diperoleh menerusi kaedah kepustakaan serta dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kes al-Mafqud tidak boleh dianggap sebagai mati haqiqi atau mati hukmi kerana seseorang itu dikira sebagai masih hidup sehinggalah diputuskan oleh hakim. Kajian mendapati tiada penggubalan undang-undang dalam bentuk substantif yang dilakukan bagi kes al-Mafqud di negara ini serta tiada keselarasan undang-undang dalam pentadbiran harta pusaka tersebut. Kajian merumuskan bahawa al-Mafqud berhak mewarisi harta pusaka daripada ahli warisnya yang telah meninggal dunia berdasarkan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kata kunci: Undang-undang Islam, fara'id, harta pusaka, al-Mafqud
