Individu Autisme dan Perlakuan Melanggar Undang-undang

(Security Issues in the Computerized Land Registration System in Malaysia: An Overview)

Pengarang

Abstrak

Individu autisme ialah mereka yang mengalami kecelaruan neurologi yang kompleks atau gangguan perkembangan neuro yang menyebabkan mereka mempunyai tingkah laku dan minat yang luar biasa, dan lazimnya sukar dikawal. Bilangan individu autisme semakin meningkat setiap tahun namun, masyarakat umum masih kurang terdedah dengan perilaku individu autisme. Perlakuan tersendiri individu autisme juga didapati sebahagiannya menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah sivil mahupun syariah. Artikel ini bertujuan membincangkan kesan perilaku individu austime yang mendorong mereka melakukan kesalahan melanggar undang-undang. Fokus perbincangan juga mengenal pasti jenis-jenis pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh remaja autisme. Kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan temu bual semi struktur bersama guru di sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi menjalankan program intervensi autisme. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan kemudiannya dipersembahkan mengikut tema yang bersesuaian. Kajian mendapati bahawa individu autisme mempunyai perilaku tersendiri yang menyebabkan mereka terdedah untuk melakukan kesalahan jenayah. Perlakuan seperti sukar menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tempat baharu, sukar memahami interaksi sosial secara verbal dan bukan verbal, dan sikap ingin tahu yang sangat mendalam atau obsesi terhadap sesuatu perkara. Perilaku berkenaan didapati menyebabkan mereka terlibat dengan kesalahan jenayah seperti melakukan pembunuhan, pembakaran, terlibat dengan kesalahan perilaku seksual dan juga kesalahan jenayah siber.

Kata kunci: ASD, autisme, kesalahan jenayah, perilaku seksual

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-07-01