Istihsan dalam Penghakiman Mahkamah Syariah di Malaysia

(Istihsan in the Judgement of Syariah Court in Malaysia)

Pengarang

Abstrak

Kajian ini menghuraikan konsep istihsan secara terperinci bagi memberikan penjelasan terhadap konsep istihsan dari sudut teorinya dan aplikasi konsep dalam proses penyelesaian hukum syarak serta pemakaiannya di mahkamah syariah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa istihsan merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh syarak, manakala perselisihan para ulama hanya perselisihan dari sudut penggunaan istilah semata-mata. Dapatan ini diperkuat melalui analisis terhadap laporan kes mahkamah syariah di Malaysia yang menunjukkan terdapat penggunaan konsep istihsan secara tidak langsung di mahkamah. Selain itu, kajian ini juga menyimpulkan bahawa peruntukan undang-undang itu sendiri yang memberikan kebenaran kepada pihak hakim untuk mengaplikasikan konsep ini secara tidak langsung.

Kata kunci: istihsan, qiyas, sumber hukum, mahkamah syariah, hakim

Biografi Pengarang

  • Mohd Hafiz Jamaludin, Universiti Malaya

    Jabatan Syariah dan Undang-Undang,
    Akademi Pengajian Islam

  • Ahmad Hidayat Buang, Universiti Malaya

    Jabatan Syariah dan Undang-Undang,
    Akademi Pengajian Islam

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-07-01