Cabaran dalam Usaha Membangunkan dan Melaksanakan Modul Pemulihan dalam Penjara untuk Pesalah Jenayah Syariah

(Challenges in Developing and Implementing Rehabilitation Modules in Prisons for Person Convicted for Syariah Offences)

Pengarang

  • Jamaludin Saad Jabatan Penjara Malaysia

Abstrak

Makalah ini membentangkan pengalaman dalam membangunkan dan melaksanakan modul pemulihan dalam penjara. Rujukan dibuat kepada dokumen dan aktiviti berkaitan dengan modul pemulihan serta pemerhatian pelaksanaan modul tersebut. Selain itu, maklumat daripada unit statistik Jabatan Penjara Malaysia juga dirujuk. Rujukan kepada program pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia akan menunjukkan perancangan aktiviti rawatan dan pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani. Pembangunan modul yang mengambil kira pendidikan dan bimbingan untuk pesalah yang dihukum oleh mahkamah sivil ini dilihat bersesuaian untuk pesalah jenayah syariah.

Kata kunci: penjara, pesalah jenayah, modul pemulihan, mahkamah syariah

Biografi Pengarang

  • Jamaludin Saad, Jabatan Penjara Malaysia

    Bahagian Pengurusan Banduan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-01-01