Kuasa dan Peranan Polis dalam Penguatkuasaan Jenayah Syariah
(Powers and Roles of the Police in the Enforcement of Shariah Offences)
Abstrak
Pasukan polis merupakan agensi persekutuan dan penguat kuasa undang-undang terbesar negara. Oleh itu, persoalan timbul berkaitan dengan punca kuasa dan kuasa pasukan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana undang-undang syariah merupakan urusan negeri. Daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, didapati tiada halangan Perlembagaan Persekutuan untuk pasukan polis menguatkuasakan jenayah syariah. Begitu juga dengan peruntukan Akta Polis. Walaupun tiada peruntukan khusus mengenai kuasa dan peranan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah, Akta Polis mempunyai peruntukan umum dalam melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang yang sah. Setelah diteliti prosedur jenayah syariah didapati bahawa undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang sangat jelas mengenai kuasa dan peranan polis dalam pelaksanaan undang-undang jenayah syariah.
Kata kunci: polis, penguat kuasa, jenayah syariah, persekutuan, tatacara
