Di Manakah Kita dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah?

(Where are we in Consolidating the Administration of Shariah Criminal Justice?)

Pengarang

  • Musa Awang Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Abstrak

Selepas pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, ramai yang beranggapan bahawa mahkamah syariah telah diberi kuasa yang lebih luas daripada sebelumnya, kerana tidak lagi berada di bawah mahkamah sivil. Mahkamah sivil juga dikatakan tidak akan campur tangan dalam perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Walau bagaimanapun dari segi pelaksanaan bidang kuasa jenayah, mahkamah syariah masih lagi terbatas dengan hukuman 5:3:6, yakni denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan (syariah) tidak lebih enam kali sebatan. Makalah ini meneliti kuasa yang diperuntukkan kepada mahkamah syariah, dan kesannya terhadap perkembangan pentadbiran keadilan jenayah syariah dan agensi yang berkaitan dengannya. Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan bagi mempertingkatkan dan memperkasakan institusi pentadbiran, kehakiman, pendakwaan dan penguatkuasaan Islam.

Kata kunci: Perlembagaan Persekutuan, penguatkuasaan undang-undang syariah, mahkamah syariah, mahkamah sivil

Biografi Pengarang

  • Musa Awang, Persatuan Peguam Syarie Malaysia

    Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM),

    Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-01-01