Maqasid al-Syariah dalam Perlembagaan Persekutuan: Suatu Perbahasan Awal
(Maqasid al-Syariah in the Federal Constitution: A Preliminary Exposition)
Abstrak
Maqasid al-syariah merujuk tujuan luhur pensyariatan Islam yang berasaskan prinsip maslahat kepada umat manusia secara universal yang diperoleh melalui nas atau autoriti syariat Islam. Perlembagaan Persekutuan pula merupakan undang-undang tertinggi negara yang mempunyai ideologi dan ciri tertentu. Perbahasan yang menggabungkan kedua-dua elemen ini merupakan suatu wacana baharu yang bertujuan mencungkil elemen maqasid al-syariah dan mengukur keupayaan perlembagaan sebagai sandaran untuk melaksanakan prinsip yang universal ini. Melalui kaedah perbandingan dan perharmonian didapati bahawa ciri dan peruntukannya memenuhi sebahagian besar daripada keperluan asasi manusia, iaitu keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Kata kunci: maqasid al-syariah perlembagaan Persekutuan, sistem perundangan Islam
