Peranan Undang-undang Persaingan dalam Melindungi Kepentingan Pengguna dan Pengusaha Kecil

(The Role of Competition Law in Protecting The Interest of Consumers and Small Enterprises)

Pengarang

  • Nasarudin Abdul Rahman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Abstrak

Tujuan utama undang-undang persaingan adalah untuk memastikan pasaran berfungsi dengan baik dan sumber ekonomi diagihkan dengan berkesan dan adil kepada masyarakat. Undang-undang persaingan sering kali dilihat sebagai undang-undang pengguna yang bertujuan untuk melindungi dan mempromosikan pengguna akhir (end-consumer) dan satu bentuk perundangan yang melindungi perusahaan kecil dan sederhana. Undang-undang persaingan merupakan salah satu bentuk undang-undang komersial yang mengawal selia aktiviti perusahaan dalam pasaran dan bukan undang-undang pengguna yang melindungi pengguna secara langsung. Undang-undang ini terpakai kepada semua perusahaan sama ada besar atau kecil. Walau bagaimanapun, undang-undang persaingan mempunyai peruntukan tertentu yang mengambil kira secara tidak langsung kepentingan pengguna akhir dan perusahaan kecil. Makalah ini memberikan gambaran umum tentang struktur undang-undang persaingan di Malaysia. Tujuan utama makalah ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan Akta Persaingan 2010 dan peranannya dalam melindungi dan mempromosikan kepentingan pengguna dan perusahaan kecil.

Kata kunci: persaingan, undang-undang persaingan, pengguna, pengusaha kecil dan sederhana

Biografi Pengarang

  • Nasarudin Abdul Rahman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    Fakulti Undang-undang Sivil,
    Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-01-01