Liabiliti Akibat Kerosakan Reaktor Nuklear: Iktibar daripada Tragedi Fukushima Daiichi
(Liability for Nuclear Damage: Lessons from the Nuclear Reactor Damage Tragedy at Fukushima Daiichi, Japan)
Abstrak
Makalah ini membincangkan isu perundangan dan liabiliti akibat kerosakan reaktor nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang boleh dijadikan iktibar oleh Malaysia pada masa hadapan. Makalah ini juga meninjau perundangan antarabangsa yang berkaitan dengan proses tuntutan pampasan dan perlindungan kepada mangsa dan harta benda, serta standard antarabangsa dalam membuat pembayaran pampasan kepada mangsa. Hasil kajian dapat memberikan gambaran tentang perundangan dan liabiliti yang perlu disediakan oleh kerajaan bagi memberikan perlindungan yang sewajarnya sekiranya berlaku bencana tersebut di Malaysia. Kata kunci: liabiliti, kerosakan nuklear, tenaga nuklear, perundangan antarabangsa, undang-undang nuklearRujukan
Muat turun
Diterbitkan
2017-02-08
Terbitan
Bahagian
Artikel
