Kesalahan Lelaki Berlagak seperti Perempuan: Keberkesanan Undang-undang Jenayah Syariah di Johor

(Culpability of Male Acting as Female: Effectiveness of the Criminal Syariah Law of Johore)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan definisi lelaki berlagak seperti perempuan menurut perspektif Islam dan larangan perbuatan tersebut berdasarkan al-Quran dan hadis, serta bentuk hukuman yang dikenakan di bawah peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997. Metodologi kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat larangan dalam hukum syarak terhadap lelaki yang berlagak seperti perempuan dan terdapat peruntukan lain yang boleh dituduh selain peruntukan asal (contohnya Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor yang perlu dicontohi oleh negeri lain di Malaysia) agar undang-undang tersebut tidak boleh dicabar oleh undang-undang lain demi memelihara akhlak umat Islam yang mulia.

Kata kunci: lelaki berlagak seperti perempuan, undang-undang jenayah syariah, hukuman

Biografi Pengarang

  • Mohd. Afizul Hakim Ibakarim, Universiti Teknologi Malaysia

    Fakulti Tamadun Islam

  • Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Universiti Teknologi Malaysia

    Fakulti Tamadun Islam

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-02-08