Sharenting: Implikasinya dari Perspektif Perundangan Malaysia

(Sharenting: Its Implications from the Malaysian Legal Perspective)

Pengarang

Abstrak

Perkongsian maklumat secara tidak terkawal boleh menimbulkan beberapa masalah perundangan. Tren mutahir yang dikenali sebagai sharenting nunjukkan kesungguhan ibu bapa untuk berkongsi maklumat anak-anak secara bebas tanpa batasan melalui internet. Perkongsian maklumat secara berlebihan di media sosial perlu dilihat dari aspek keselamatan maklumat peribadi, kerahsiaan dan privasi. Artikel ini bertujuan melihat isu sharenting secara lebih holistik dengan mengkaji keperluan undang-undang untuk mengawalnya daripada berleluasa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara sosioperundangan dengan mengkaji kesan sharenting kepada keadaan semasa dan melihat tahap kawalan undang-undang yang sedia ada. Hasil kajian mendapati bahawa wujud keperluan untuk melihat isu ini secara lebih serius dengan membuat penambahbaikan terhadap undang-undang sedia ada supaya perlindungan yang lebih komprehesif boleh ditawarkan kepada anak-anak.

Kata kunci: sharenting, perkongsian maklumat, hak ibu bapa, hak anak-anak, kawalan undang-undang

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11