Privasi di Tempat Kerja: Tinjauan dari Sudut Perundangan di Malaysia

(Workplace Privacy: The Legal Point of View in Malaysia)

Pengarang

  • Zainal Amin Ayub School of Law, Universiti Utara Malaysia
  • Zuryati Mohamed Yusoff School of Law, Universiti Utara Malaysia

Abstrak

Pertumbuhan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menggesa pekerja mencari maklumat dan menjana kecekapan dalam pekerjaan. Perubahan ini berlaku akibat peningkatan kecanggihan teknologi pengawasan yang melibatkan kawalan data peribadi yang membolehkan majikan memantau prestasi pekerja, mengekalkan disiplin dan produktiviti pekerja. Antara teknologi pengawasan yang digunakan termasuklah aplikasi sistem penentududukan sejagat (global positioning system), pengawasan video, kad pintar, pengecaman wajah dan biometrik. Pengumpulan data ini juga amat berkait rapat dengan privasi. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak mengiktiraf secara khusus privasi sebagai suatu hak asasi dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 hanya melindungi data yang berkaitan dengan transaksi komersial sahaja. Oleh itu, artikel ini membincangkan sejauh manakah perlindungan privasi diberikan kepada pekerja di Malaysia menggunakan kaedah kajian doktrin. Kes Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dirujuk sebagai panduan dan perbandingan dengan keadaan di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perlindungan privasi secara khusus diberikan kepada pekerja di Malaysia.

Kata kunci: privasi, privasi tempat kerja, data peribadi, pengawasan, hak pekerja

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11