Cabaran Pelaksanaan Wakaf Universiti Awam di Malaysia: Suatu Analisis Menurut Perundangan di Malaysia

(The Challenges of the Implementation of Waqf at Malaysian Public Universities: An Analysis According to the Legal Perspective)

Pengarang

Abstrak

Wakaf merupakan suatu instrumen alternatif yang amat signifikan dilaksanakan bagi menjana dana demi kelangsungan dan kelestarian Universiti Awam (UA) negara. Walaubagaimanapun, pelaksanaannya berdepan dengan masalah perundangan, seperti keperluan mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf negeri di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan, dan masalah ketiadaan insentif dan pelepasan cukai kepada pihak pewakaf dan UA di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53). Artikel ini meneliti perundangan wakaf IPT menggunakan pendekatan metod kualitatif dan pengalaman mengendalikan masalah wakaf di Malaysia. Kajian mendapati pemakaian beberapa autoriti syariah dan perundangan menerusi Perlembagaan Persekutuan, statut wakaf dan statut pentadbiran agama Islam negeri, pindaan statut yang berkaitan dengan percukaian, serta pelibatan Majlis Raja-Raja Melayu dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan wakaf UA negara.

Kata kunci: wakaf, undang-undang, Majlis Agama Islam Negeri, institusi pengajian tinggi, universiti awam (UA), Kementerian Pengajian Tinggi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-07-01