Qazaf dalam Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia: Suatu Analisis Semasa
(Qazaf (False Accusation) in Malaysian Syariah Criminal Law: A Current Analysis)
Abstrak
Perlembagaan Persekutuan meletakkan kesalahan jenayah qazaf di bawah bidang kuasa undang-undang jenayah syariah yang dikuatkuasakan oleh negeri-negeri. Walau bagaimanapun, berdasarkan penyelidikan kepustakaan terhadap undang-undang jenayah syariah di setiap negeri, didapati wujudnya ketidakseragaman yang ketara tentang definisi dan pelaksanaan undang-undang tersebut yang dibuktikan menerusi beberapa kes yang diputuskan oleh mahkamah syariah. Ekoran itu, dikhuatiri wujud unsur ketidakadilan yang menyebabkan syariat Islam dipandang serong. Artikel ini mencadangkan beberapa langkah untuk memperkasakan pelaksanaan undang-undang jenayah qazaf supaya peruntukan jenayah qazaf benar-benar bermakna, difahami oleh masyarakat dan bukan hanya sekadar mengisi kekosongan peruntukan undang-undang sedia ada.
Kata kunci: qazaf, zina, liwat, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah syariah, enakmen jenayah syariah
