Konsep Kedaulatan Raja-raja Melayu Menurut Kerangka Peribumi

(The Concept of the Sovereignty of the Malay Rulers According to the Indigeneity Framework)

Pengarang

Abstrak

Banyak perbahasan tentang prinsip perundangan tanah air mengabaikan konsep kedaulatan yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, makalah menghuraikan konsep kedaulatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan berasaskan kerangka peribumi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sejarah perundangan. Data terkumpul terdiri daripada sumber primer, sekunder dan temu bual. Hasil kajian mendapati kedaulatan raja-raja Melayu yang berteraskan ajaran Islam tidak pernah terhapus. Pentafsiran tersebut menghuraikan kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, prinsip perundangan dan pelaksanaan sistem politik di Malaysia hendaklah selaras dengan konsep kedaulatan yang diwarisi.

Kata kunci: kedaulatanperibumi, kerangkaperibumi, kedaulatan raja-raja Melayu, kedaulatan Malaysia, Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan

Teks penuh: PDF

Biografi Pengarang

  • Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Calon Phd

    Fakulti Undang-undang

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-01