Pemakaian Serban dalam Kalangan Penganut Islam dan Sikh di Malaysia: Wujudkah Diskriminasi?
(The Wearing of Turbans among Muslims and Sikh Followers in Malaysia: Is There Discrimination?)
Abstrak
Orang Islam, terutamanya pelajar sekolah sering ditegah memakai serban ketika di sekolah mahupun ketika menunggang motosikal, tetapi penganut agama Sikh diberikan kelonggaran untuk memakai serban dalam semua keadaan. Situasi ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya, meskipun undang-undang memberikan hak yang sama rata kepada semua agama. Artikel ini bertujuan melihat wujud atau tidak unsur diskriminasi perkauman dalam amalan pemakaian serban antara penganut agama Islam dengan penganut agama Sikh di Malaysia. Kajian mendapati pengecualian yang diberikan kepada penganut agama Sikh adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum dan menjamin hak mereka yang wajib memakai serban berbanding dengan tuntutan sunat kepada penganut agama Islam.
Kata kunci: serban, agama Islam, agama Sikh, diskriminasi, Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD) 1969
