Kategori Salah Nyata dan Pemberian Remedi: Tinjauan terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136)

(Categories of Misrepresentation and Provision of Remedies: An Observation of the Contracts Act 1950 (Act 136))

Pengarang

Abstrak

Salah nyata merupakan salah satu elemen yang mencacatkan kerelaan bebas seseorang untuk memasuki kontrak. Perundangan yang berkaitan dengan salah nyata dalam kontrak yang terpakai di Malaysia sehingga hari ini ialah seksyen 18 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang terpakai untuk semua jenis kontrak di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat perkara yang tidak jelas yang boleh mencetuskan kekeliruan, khususnya tentang salah nyata dalam kontrak yang melibatkan definisi, elemen, kategori dan remedi salah nyata. Menerusi kaedah analisis kandungan, makalah membincangkan masalah tersebut dengan merujuk kes yang diputuskan oleh mahkamah. Kajian mendapati seksyen 18 Akta Kontrak 1950 perlu dipinda secara keseluruhannya kerana terdapat  kekeliruan dan ketidakjelasan tentang definisi, kategori dan remedi salah nyata yang menyebabkan keputusan kes mahkamah tidak selaras.

Kata kunci:kategori salah nyata, remedi salah nyata, Akta Kontrak 1950 (Akta 136), ketidakjelasan, ketidakselarasan keputusan kes

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-01