Amalan Mahkamah Syariah Membuat Pengisytiharan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan

(Syariah Courts' Practice on Declaring the Religious Status in the Case of Application to Renounce Islam: A Case Study in Negeri Sembilan Syariah High Court)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini menganalisis amalan dan prosedur Mahkamah Syariah Negeri Sembilan menangani kes permohonan keluar Islam. Analisis doktrin undang-undang dilakukan terhadap Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Analisis kandungan pula dilakukan terhadap 45 sampel fail kes yang telah selesai pada tahun 2003 hingga 2014 dengan tema status pemohon, alasan permohonan dan pendekatan hakim untuk membuat keputusan. Temu bual tidak berstruktur melibatkan Mufti Negeri Sembilan dan Pegawai Unit Runding Cara Akidah bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan proses kaunseling. Hasil kajian mendapati Seksyen 119 memandu mahkamah syariah melaksanakan bidang kuasanya untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi beragama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 61 (3(b)(x) sekiranya disokong oleh sebab dan keterangan yang munasabah, dan diterima oleh mahkamah. Dengan kata lain, pindaan seksyen ini pada tahun 2009 telah berjaya membatasi atau mengehadkan kelayakan seseorang untuk keluar Islam.

Kata kunci: keluar Islam, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, undang-undang Islam

Biografi Pengarang

  • Nor Ashikin Md Nasir, Universiti Malaya

    Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam.

  • Siti Zubaidah Ismail, Universiti Malaya

    Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-02-08