Badan Sokongan Keluarga Membantu Anak Selepas Perceraian: Keberkesanan, Cabaran dan Perbandingan dengan Amalan Negara Maju
(Family Support Division in Helping Children after Divorce: Extent of Effectiveness, Challenges and Comparison with the Practice of Developed Countries)
Abstrak
Isu tuntutan nafkah dan penguatkuasaan Perintah Nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah sering menjadi rungutan dalam kalangan wanita selepas berlaku perceraian. Walaupun boleh dikatakan Undang-undang Keluarga Islam mempunyai peruntukan undang-undang yang terperinci tentang nafkah tetapi masih terdapat kelemahan yang ketara dalam penguatkuasaan perintah nafkah, terutama apabila bekas suami atau bapa yang diputuskan bertanggungjawab membayar nafkah gagal memberikan kerjasama atau cuai. Makalah ini menilai keberkesanan peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), mengetengahkan masalah penguatkuasaan perintah nafkah anak selepas perceraian dan menyentuh amalan beberapa negara maju sebagai perbandingan untuk menambah baik BSK.
Kata kunci: nafkah anak, mahkamah syariah, Bahagian Sokongan Keluarga, penguatkuasaan, negara maju
