Pelaksanaan Hibah Amanah sebagai Suatu Instrumen Pengurusan Harta Islam di Malaysia
(Execution of Hibah Amanah as an Instrument of Islamic Property Management in Malaysia)
Abstrak
Penggunaan hibah amanah menjadi salah satu alternatif untuk merancang pengurusan harta Islam di Malaysia. Hibah amanah memberikan ruang kepada pemberi hibah untuk mengekalkan kawalan penuh terhadap harta hibah semasa hayat, manakala penerima hibah akan memperoleh harta tersebut hanya selepas kematian pemberi hibah. Keadaan ini secara zahirnya dilihat tidak konsisten dengan prinsip hibah, wasiat, amanah dan pusaka Islam kerana pemberi hibah tidak melepaskan hak dan faedah terhadap harta yang dihibahkan semasa hidupnya, walaupun penerima hibah merupakan seseorang yang mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Makalah ini membincangkan hibah amanah dan kedudukannya sebagai salah satu instrumen pelupusan harta mengikut hukum syarak dan perundangan di Malaysia supaya setiap pihak berhak mendapat haknya mengikut undang-undang Islam.
Kata kunci: hibah, amanah, wasiat, pusaka, hibah ruqba, Muslim
Rujukan
Abdul Aziz Mohammed Zaid, 1986. The Islamic law of Bequest, Scorpion Publishing Ltd.
Akmal Hidayah Halim, “The Legality of a Living Trust as an Instrument for Islamic Wealth Management: A Malaysian Perspektive†[2011] 19(1) IIUM Law Journal hlm. 35.
Al-Bukhari, (1979). Sahih al-Bukhari, terjemahan oleh Muhammad Muhsin Khan, Kazi Publication, jilid 4.
Al-Nawawī, (1977) Minhaj-at-Talibin, A Manual of Muhammadan Law According to the School of Shafi’i, diterjemah oleh E.C. Howard, Law Publishing Co.
David J. Hayton, Underhill and Hayton law relating to trusts and trustees, Edisi 15, Butterworths.
David Pearl, (1979). A Textbook on Muslim Law, London: Croom Helm.
Jamal J. Nasir, (1990). The Islamic Law of Personal Status, London: Graham & Trotman.
Lucy Caroll, “Definition and Interpretation of Muslim Law in South East Asia: The Case of Gifts to Minors,†Islamic Law and Society, BRILL, jilid 1, no.1, 1994, hlm. 87-88.
Lucy Caroll, “Life Interest and Inter-Generational Transfer of Property Avoiding the Law of Succession,†Islamic Law and Society, jilid 8, no.2, 2001.
Mary George, (1999). Malaysian Trust Law, Selangor: Pelanduk Publication.
Nasrul Hisyam Nor Muhamad, (2001). Hibah dalam Undang-Undang Islam: Prinsip & Amalan, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Noel J. Coulson, (1971). Succession in the Muslim Family, Cambridge Eng: University Press.
Tajul Aris Ahmad Bustami, “Penghakiman Kes Wasiat Orang Islam: Satu Analisiâ€, dalam Mahamad Arifin et al., (2007). Pentadbiran Undang-Undang Islam Malaysia, Jilid 12, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 178-206.
Tajul Aris Ahmad Bustami, “Pentadbiran Wasiat Orang Islam di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahanâ€, [2004] 16 KANUN (1) hlm. 1-19.
Tajul Aris Ahmad Bustami, “Undang-Undang Wasiat Orang Islam di Malaysia: Sejarah dan Perkembangannyaâ€, dalam Akmal Hidayah Halim et al., (2009). Undang-Undang Harta dan Amanah, Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa, hlm. 111-122.
Wan Abdul Halim Wan Harun, (2006). Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
